ASRAR ART STUDIO merupakan sebuah perniagaan kecil milik Bumiputra yang dibangunkan oleh anak muda sejak 2014. Dengan misi menjadikan syarikat-syarikat kecil dan sederhana (SME) mampu mempunyai laman web dan imej profesional dalam pengiklanan online, ASRAR ART STUDIO menawarkan servis desain, cetakan dan pembangunan laman web untuk SME pada harga mampu milik.

Sejak penubuhannya pada 2014 sehingga sekarang, ASRAR ART STUDIO telah menerima pelbagai tempahan desain, cetakan dan laman web dari pelbagai jenis dan sektor pelanggan, antaranya sekolah, pemilik produk kesihatan dan kecantikan, syarikat agensi pelancongan, penyedia servis pembuatan, dan sebagainya.